Thursday 3 March 2011

Ibrah dari Ujian~

Assalamualaikum wbt.
rasanya macam dah lama sangat dah tak update blog.Memang lately diri ni rasa sngtlah malas yang melampau nak update blog apetah lagi last week enche ACER 2920 tu dah menemui ajal.Memang sungguhla sedeh sebab dia pergi dengan tetiba jek.langsung tak bagi tanda-tanda nak pergi utk selamanya.Naseb la mase tu bukan tengah buat kerja kalo tak haru nanges tak berlagu la cheq~
Tapi apa-apa pun satu perkara yang memang kita kene ingat semua benda kat muka Bumi Allah ni mana ada yang kekal.Yang kekal hanya DIA je.Duhai hati,itukan baru laptop,kalau manusia pun macam tu jugak agaknya.Bila-bila masa boleh shut down tetiba pastu dah tak boleh on kan balik untuk selama2 lamanya.Sebab ttu jugaklah title post entri ari ni tajuk dia ibrah dari ujian @pengajaan dari ujian.huhu
Rupa-rupanya tu la yang sebeno-benonye Allah nak tunjukkan..Ingatkan apalah...Sejak pristiwa sadis tukan,mulalah hati ni terdetik otak yang macam dah jarang nak berpikir ni mula memikirkan sesuatu.Sayu hati bila mengenangkan bilamana mengimbau apalah yang pernah diri ni lakukan untuk ISLAM?apalah bekal yang nak dibawak ke sana nanti?kalo dah ada bekal pun,cukup ke bekal tu?Alangkah kalo nak pegi piknik kat Taman Rimba Teluk Bahang pun saya dah macam tak tido malam nak cakap betape excitednye diri neyh nak pegi piknik.Tapi bila bab pikir bekal yang nak bawakan kat sana,jarang pulak mende tu jadi isu kat pikiran ni.Kadang-kadang rasa macam nak tanak je pikir.Dalam diam tiba-tiba memori yang tak seberapa kuat ni teringatkan satu ayatullah yang maksudnya "dan setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati"~
Allah,merintih hati ini..Sungguh banyak benar rasanya dosa yang penah diri ini lakukan.Allah ampunkan diri ini Ya Allah,Kau peliharakanlah setiap anggota badanku ini dari melakukan maksiat dan Ya Allah,Kau kuatkanlahhati aku ini sentiasa berpegang pada tali-Mu Ya Allah~...:((

Friday 21 January 2011

Pinanglah daku kerana Dakwah~

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.
Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.
Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?
Susahkan....?
Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.
Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.
Lain orang, lain ragam dan ceritanya.
Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.
Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.
Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.
Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.
Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.
Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga  yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.
Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum  sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.
Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.
Melamar secara direct
Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email.  Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.
Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.
Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.
Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.
Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.
Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.
Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.
Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.
Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.
Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau  kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.
Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:
' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'
Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.
Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.
Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.
Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.
Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.
Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.
Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.
Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.
Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.
Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.
Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.
Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.
Tidak semua yang melalui BM ini perfect.
Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.
Ianya amat manis, subhanalllah.
Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.
Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.
Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.
Jadilah moderate dalam prosesnya
Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.
- Artikel iluvislam.com ^_^

~Menghilangkan Bekas Jerawat~

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Tarrraaa!!mcm nilah ghupenye kalo kulit tak ada jerawat.Macam best kan? ^_^



Ibrah from Allah~

Assalamualaikum WBT.


Alhamdulillah akhirnya dpat jgk update blog yang sangatlah plain ni untuk kesekian kalinya utk tahun ni.Dan alhamdulillah jugak la sebabnya Allah memberikan lagi peluang utk saya bernafas di muka bumi ni dan paling penting Dia masih lagi memberikan peluang kepada saya juga kita untuk bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi apa?selagi mana nyawa kita tak tersekat di kerongkong + selagi mana matahari tak terbit dari Barat.Aish,tetibe da rasa macam akak naqibah pulak da kan.Tapi takpa la kan.Apa2 je la.
So pada petang Jumaat yang mulia ni,rasa mcm nak kongsi la sikit cerita yang da terkumpul since da beberapa minggu ni kan,rasanya kalo kumpul lagi da boleh buat drama bersiri petang2 kat TV3 kot takpun untuk siri samarinda.Eceh tapi yoyo'o je.Mcm la dorg nak trime sngt crite kite yang entah pape ni kan.
Ermm,sebenarnye bnyak je cerita ni tapi nak start ngn yang mane satu dlu erk?rasanya elok start dengan berita sedih+pilu dulu kot.yelah semoga hati ini sentiasa insaf dan x over hepi kan.
Hakikatnya tirai 2011 ini dibuka dengan banyak berita-berita kematian dan kemalangan disana-sini.Kadang2 bila dapat berita-berita macam ni diri sendiri rasa macam susah nak percaya dan mula la bermonolog sendiri,"eh betul ke tipu ni?ke main2 ni?"Sampai mcm tu skali.dan berita yang paling saya rase paling tragis+memilukan untuk permulaan tahun ni ialah berita pasal kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangan di maktab ni jugak.Sebenarnya sahabat tu junior kitorg kat maktab ni dan jumpa sekali sekala je.tapi dats not da main point kan.yang nak diceritakan kat sini adalah kemalangan yang berlaku pada 8 Januari yang lalu sememangnya sungguh dahsyat sehingga meragut nyawa ayah sahabat saya dan syukur sahabat saya tersebut selamat namun pada awlnya kritikal.Pasal mcm mana kemalangan tu berlaku saya tak tahu la kan,tapi keadaan sahabat saya tu memang la kritikal dengan sebelah kakinya patah dan sebelah kidneynya rosak teruk.Dan alhamdulillah saya dan sahabat usrah yang lain berkesempatan utk pergi melawat beliau  di unit ICU kat Penang General Hospital pada Khamis yang lalu.Dan.....sungguh saya tidak dapat menahan sebak melihat sendiri keadaan beliau.Terasa air mata ini laju je mengalir macam air paip yang yang tak pernah skip bayar bil!Lagi sayu bila melihat ketabahan dan kekuatan keluarga beliau.Rasa termotivasi sungguh!
Sesungguhnya hikmah dan pengajaran yang Allah ingin berikan itu tidak kira walau dimana,bagaimana dan macam mana keadaannya asal kita dapat mengambil pengajaran itu.dan sungguh apabila melihatkan apa yang dah terjadi pada sahabat2 dan orang lain di sekeliling terasa bila-bila masa sahaja nyawa ini layak untuk diambil namun diri ini belum bersedia untuk itu...Masih banyak lagi pahala yang belum dikutip untuk melayakkan diri ini mengecap nikmat syurga di sana dan semoga segala pengajaran yang telah Dia sediakan untuk saya dapat diri ini manfaatkan untuk menyucikan segala kotor dosa yang lalu.
So,tu satu ibrah dari Allah.Dan next story ni pulak Allah is The BEST!!
Semalam saya berkesempatan la pergi ke satu majlis ilmu Halaqah Qasih anjuran wanita IKRAM (dulu known as JIM=Jemaah Islah Malaysia) yang mana halaqah tersebut dipengerusikan oleh Puan Nor Azizah & ustazah yang bagi talk adalah Ustazah Najihah.Memang sangat3 best dan terharu dapat atttend majlis ilmu macam tu dengan geng2 usrah yang lain.Tapi cerita sebenarnya macam ni,semalam kalau ikotkan tanak join jugak majlis ni sebab entah macam mana entah bangun2 pagi semalam pinggang ni sakit sangat2 sampai susah nak bangkit berdiri pun.Masa tu mula la terfikir macam mana nak pergi ni kalo kena naik RapidPenang dah la kena jalan jauh jugak tuh.takkan nak pergi jugak kan dengan keadaan pinggang yang sakit ni.Dalam hati ni memang dah berbelah bahagi sangat dah.Nak2 pulak adanya makhluk ke3 tu kan.Tapi bila-bila fikirkan balik majlis ilmu tu bukan pernah pergi pun,apatah lagi da janji dengan sahabat2 yg lain,saya gagahkan jugak bersiap sebab nak pergi ke majlis tu even dalam sakit2 pun.

Dan sesungguhnya Allah sentiasa membantu orang yang menolong agamanya.

Secara tiba-tiba,masa otw nak pergi tunggu Rapid,adalah seorang sahabat ni offer naik kereta dengan dia.Alhamdulillah,Allah mempermudahkan urusan saya hari itu.Dahla tak perlu nak tambah sakit belakang lagi,dapat duduk dengan selesa+dapat makan hi-tea lagi semalam.Alhamdulillah sekali lagi,syukur!
Kesimpulannya,ikhlaskanlah hati ini dalam berbuat apa-apa pun.Sungguh Allah itu sentiasa bersama kita.Saya yakin dengan Allah.Allah is the BEST!!

P/S:Jom sama-sama doakan sahabat saya Siti Ummirul Shahirah agar beliau segera sembuh.
(Latest info:beliau dah pun ditukarkan ke wad biasa.dengar crite dah sedar pun tapi tak tahulah.Nanti kita pergi tengok dia lagi!)