Friday 21 January 2011

Ibrah from Allah~

Assalamualaikum WBT.


Alhamdulillah akhirnya dpat jgk update blog yang sangatlah plain ni untuk kesekian kalinya utk tahun ni.Dan alhamdulillah jugak la sebabnya Allah memberikan lagi peluang utk saya bernafas di muka bumi ni dan paling penting Dia masih lagi memberikan peluang kepada saya juga kita untuk bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka selagi apa?selagi mana nyawa kita tak tersekat di kerongkong + selagi mana matahari tak terbit dari Barat.Aish,tetibe da rasa macam akak naqibah pulak da kan.Tapi takpa la kan.Apa2 je la.
So pada petang Jumaat yang mulia ni,rasa mcm nak kongsi la sikit cerita yang da terkumpul since da beberapa minggu ni kan,rasanya kalo kumpul lagi da boleh buat drama bersiri petang2 kat TV3 kot takpun untuk siri samarinda.Eceh tapi yoyo'o je.Mcm la dorg nak trime sngt crite kite yang entah pape ni kan.
Ermm,sebenarnye bnyak je cerita ni tapi nak start ngn yang mane satu dlu erk?rasanya elok start dengan berita sedih+pilu dulu kot.yelah semoga hati ini sentiasa insaf dan x over hepi kan.
Hakikatnya tirai 2011 ini dibuka dengan banyak berita-berita kematian dan kemalangan disana-sini.Kadang2 bila dapat berita-berita macam ni diri sendiri rasa macam susah nak percaya dan mula la bermonolog sendiri,"eh betul ke tipu ni?ke main2 ni?"Sampai mcm tu skali.dan berita yang paling saya rase paling tragis+memilukan untuk permulaan tahun ni ialah berita pasal kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangan di maktab ni jugak.Sebenarnya sahabat tu junior kitorg kat maktab ni dan jumpa sekali sekala je.tapi dats not da main point kan.yang nak diceritakan kat sini adalah kemalangan yang berlaku pada 8 Januari yang lalu sememangnya sungguh dahsyat sehingga meragut nyawa ayah sahabat saya dan syukur sahabat saya tersebut selamat namun pada awlnya kritikal.Pasal mcm mana kemalangan tu berlaku saya tak tahu la kan,tapi keadaan sahabat saya tu memang la kritikal dengan sebelah kakinya patah dan sebelah kidneynya rosak teruk.Dan alhamdulillah saya dan sahabat usrah yang lain berkesempatan utk pergi melawat beliau  di unit ICU kat Penang General Hospital pada Khamis yang lalu.Dan.....sungguh saya tidak dapat menahan sebak melihat sendiri keadaan beliau.Terasa air mata ini laju je mengalir macam air paip yang yang tak pernah skip bayar bil!Lagi sayu bila melihat ketabahan dan kekuatan keluarga beliau.Rasa termotivasi sungguh!
Sesungguhnya hikmah dan pengajaran yang Allah ingin berikan itu tidak kira walau dimana,bagaimana dan macam mana keadaannya asal kita dapat mengambil pengajaran itu.dan sungguh apabila melihatkan apa yang dah terjadi pada sahabat2 dan orang lain di sekeliling terasa bila-bila masa sahaja nyawa ini layak untuk diambil namun diri ini belum bersedia untuk itu...Masih banyak lagi pahala yang belum dikutip untuk melayakkan diri ini mengecap nikmat syurga di sana dan semoga segala pengajaran yang telah Dia sediakan untuk saya dapat diri ini manfaatkan untuk menyucikan segala kotor dosa yang lalu.
So,tu satu ibrah dari Allah.Dan next story ni pulak Allah is The BEST!!
Semalam saya berkesempatan la pergi ke satu majlis ilmu Halaqah Qasih anjuran wanita IKRAM (dulu known as JIM=Jemaah Islah Malaysia) yang mana halaqah tersebut dipengerusikan oleh Puan Nor Azizah & ustazah yang bagi talk adalah Ustazah Najihah.Memang sangat3 best dan terharu dapat atttend majlis ilmu macam tu dengan geng2 usrah yang lain.Tapi cerita sebenarnya macam ni,semalam kalau ikotkan tanak join jugak majlis ni sebab entah macam mana entah bangun2 pagi semalam pinggang ni sakit sangat2 sampai susah nak bangkit berdiri pun.Masa tu mula la terfikir macam mana nak pergi ni kalo kena naik RapidPenang dah la kena jalan jauh jugak tuh.takkan nak pergi jugak kan dengan keadaan pinggang yang sakit ni.Dalam hati ni memang dah berbelah bahagi sangat dah.Nak2 pulak adanya makhluk ke3 tu kan.Tapi bila-bila fikirkan balik majlis ilmu tu bukan pernah pergi pun,apatah lagi da janji dengan sahabat2 yg lain,saya gagahkan jugak bersiap sebab nak pergi ke majlis tu even dalam sakit2 pun.

Dan sesungguhnya Allah sentiasa membantu orang yang menolong agamanya.

Secara tiba-tiba,masa otw nak pergi tunggu Rapid,adalah seorang sahabat ni offer naik kereta dengan dia.Alhamdulillah,Allah mempermudahkan urusan saya hari itu.Dahla tak perlu nak tambah sakit belakang lagi,dapat duduk dengan selesa+dapat makan hi-tea lagi semalam.Alhamdulillah sekali lagi,syukur!
Kesimpulannya,ikhlaskanlah hati ini dalam berbuat apa-apa pun.Sungguh Allah itu sentiasa bersama kita.Saya yakin dengan Allah.Allah is the BEST!!

P/S:Jom sama-sama doakan sahabat saya Siti Ummirul Shahirah agar beliau segera sembuh.
(Latest info:beliau dah pun ditukarkan ke wad biasa.dengar crite dah sedar pun tapi tak tahulah.Nanti kita pergi tengok dia lagi!)

No comments:

Post a Comment