Wednesday 29 December 2010

Malaysia VS Indonesia

Assalamualaikum WBT

Rasanya maccam dah lama sangat dah tak menconteng kat blog ni.Tetiba hari ni rasa pulak.Mungkin lepas pekena nasi dagang ikan tongkol akak saya,mood tu datang secara tiba-tiba kot.hehe.
Merujuk kepada tajuk entry kali ni kan,mestilah ianya berkait rapat dengan kemenangan team Malaysia yang berjaya menumbangkan team indon tu.Menumbangkankah?ermm apa-apa sahajalah ye.Tahniah Malaysia!!!dan terima kasih kepada semua players.ha,cakap pasal player ni,ada tiga orang schoolmates saya dalam team ni.Izat,Amar dan Muslim tu semua my ex schoolmates,even dulu tak adalah kenal-kenal sangat kan.tetiba sekarang mengaku schoolmates pulak.Biasalah manusia kan.Sokmolah gitu~Dan satu lagi terima kasih sangat2 kat dorang jugak sebab kemenangan tu jugaklah yang memberikan cuti kepada seluruh umat di Malaysia ni.tapi pada saya tak ada bezanya pun sebab dah memang ttengah cuti pun.hehe
Kemenangan itu sememangnya penting untuk semua di Malaysia,namun cuba kita fikir,adakah kita betul-betul menang melawan Indonesia?Apa yang saya kemukan disini bukanlah dalam bab sukan bola sepak sahaja namun,secara keseluruhannya.kalau di Malaysia kita ini,saya dapat rasakan seperti berada di Indonesia pula.Apa tidaknya,jika melewati Chow Kit dan sekitar bandaraya atau senang cerita kat mana-mana pun sekarang,peniaga Indonesia bersepah2.Sehingga saya lihat kebanjiran mereka berniaga sama ada berniaga makanan.pakaian atau apa sahaja seakan menyekat peluang rakyat Malaysia sendiri untuk berniaga.Seakan kita pula pula yang menumpang di negara sendiri.Memanglah tidak saya nafikan,mereka warga Indonesia berniaga untuk cari makan,namun warga kita juga begitu.Dan kemanakah penguatkuasa semua?Adakah sebenarnya mereka (Indon yang berniaga tu) boleh berniaga dan mempunyai hak milik ke atas bisnes mereka?atau macam mana sebenarnya?
Walau apa pun,saya sekadar melontarkan persoalan dan meluahkan pendapat kerana apa,kerana ini hanyalah fikrah sang hamba~

Tuesday 21 December 2010

::A Shoulder To Cry On::

Life is full of lots of up and downs,
And the distance feels further when you're headed for the ground,
And there is nothing more painful than to let you're feelings take
you down,
It's so hard to know the way you feel inside,
When there's many thoughts and feelings that you hide,
But you might feel better if you let me walk with you
by your side,

And when you need a shoulder to cry on,
When you need a friend to rely on,
When the whole world is gone,
You won't be alone, cause I'll be there,
I'll be your shoulder to cry on,
I'll be there,
I'll be a friend to rely on,
When the whole world is gone,
you won't be alone, cause I'll be there.

All of the times when everything is wrong
And you're feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I hope you work it out and carry on
Side by side,
With you till the end
I'll always be the one to firmly hold your hand
no matter what is said or done
our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
everyone needs a friend to rely on
When the whole world is gone
you won't be alone cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one you rely on
when the whole world's gone
you won't be alone
cause I'll be there!

And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on....
~~~~~~~~~~~~
Itulah bait2 lagu puitis penuh syahdu dari Thomas Page yang saya sendiri pun tak pasti siapakah beliau sebenaq2nya.Tapi takpe.abaikan siapa beliau dan saya pun malas nak menyusahkan enche gugel untuk stalk siapakah Thomas Page kerana apa yang lebih penting lagu tu best.Tengah2 saya dok layaaaan lagu ni yang baru je didownloadkan even lagu ni da berkurun lama dah wujud dan penah ada kat lappy ni tapi entah kemana hilang entah sampai perlu saya download balik,saya terfikir alangkah indah dan bahagia dan beruntungnya hidup  kalau dapat sahabat yang betul2 boleh bersusah senang bersama-sama dengan kita tak kira apa jua keadaan.macam DIGI tu,Bersamamu..walau dimana jua.hihi.Even sebenarnya lagu tu memang dimaksudkan untuk lover yang sanggup bersusah senang demi pasangannya.Tapi untuk saya,lebih baik ditujukan untuk sahabat sahaja.:)
Bercakap pasal sahabat sejaati ni kan,alhamdulillah Allah telah pun berikan saya dengan beberapa orang sahabat sejati yang sanggup bersusah senang bersama bahkan sentiasa bersama dari kecil sampailah sekarang even kami dah lain2 tempat study.semuanya dah separate.dan kadang2 sangat susah nak jumpa bertentang mata tapi alhamdulillah sekali lagi dengan kecanggihan teknologi ni kan boleh la jugak kami kontek-mengontek each other,berkongsi rasa,masalah,menangis sama-sama.Wahhhh,indahnya nikmat persahabatan kurniaan Allah Taala.Alhamdulillah Ya Allah dan janganlah engkau tarik nikmat ini dengan membolak-balikkan hati kami untuk membenci antara satu sama lain,merenggangkan tali ukhwah ini Ya Allah.Dan Ya Allah,Kau perkukuhkanlah lagi ukhwah kami ini agar ianya daiman abadan abada keranaMU...
Namun,walau kita punya beribu sahabat yang baik,yang sejati lagi entahlah tak tahu nak cakap macam mana bagusnya kan,hanya Allahlah sebaik-baik tempat bergantung.Tempat mengadu yang aula.Tiada yang paling setia melainkan Dia Yang Maha Setia mendengar setiap keluh kesah kita,setiap rintihan hati dan setiap munajat yang ada dalam hati kita sama ada secara kita sedar @ pun tidak.
Maka,secara kesimpulannya lagu A Shoulder To Cry On  dari Thomas Page yang saya tak pernah kenal tu dah rasa macam lagu nasyid yang menginsafkan hakikat diri dan kehidupan ini.Boleh ke lagu macam tu?Boleh saja Semuanya boleh.Tiada yang mustahilkan??^-^

Monday 20 December 2010

Petua melembutkan+melembabkan & menghaluskan kulit.

Assalamualaikum W.B.T...
Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tapi sampai saat ini,tak jugak kedua-dua mata ni menunjukkan simptom2 nak tido.Disebabkan mata ni tak nak sangat tido,saya secara tiba-tiba teringat la pulak satu petua yang saya pernah la amalkan utk melembutkan & menghaluskan kulit.Almaklumlah,cuti-cuti sem je selalu my akak yang sorang tu suka sangat hire saya jadi temporary bibik dia.Dah namanya bibik,ate kenalah buat semua kerja rumah kan?ate dari membasuh,mencuci,memasak dan semua2 lah skop tugasan seorang bibik buatkan.Rasa macam dah banyak sangat dah membebel,petuanya tak jugak saya berikan?hehe
Ha,petuanya senang je.Just guna hampas kelapa yang kite dah perah santan dia nak buat gulai ke pengat ke dan macam2 la lagi masakan yang berlemak tu.So,macam mana nak buat?
Caranya,sangat2 la senang.Anak2 buah saya pun terer buat.hehe.Just basahkan cuci tangan atau badan @ kawasan yang nak dilembutkan @ dihaluskan tu,then ambilkan segenggam@lebih hampas kelapa tadi and finally gosokkan sahaja macam kita pakai scrub.Bila dah agak-agak lembut + penat & lenguh  dah tangan tu nak menggosok,barulah cuci kawasan tadi dengan air sampai bersih.Air pulak mestilah air mutlak ye.:)
Kalau sahabat semua nak best result,lepas cuci kawasan tang dah discrub tadi,lapkan sampai kering dan kemudiannya,sapulah losyen pulak.Senang je kan?Tak susah pun apatah lagi just guna sisa yang mungkin pada sesetengah orang dah tak berguna dan terus boleh buang.Dengan itu,saya mendapat satu pendapat,setiap yang diwujudkan Allah itu tidak mempunyai hanya satu tujuan @ manfaat @ kelebihan,tetapi pasti ada dua mahupun lebih lagi..Dan tiba-tiba teringat pulak satu pepatah @ bidalan @ peribahasa @ apa-apa je la yang berbunyi "hanya jauhari yang kenal manikam".Tak tahu maksud dia?Usaha lah sendiri!enche gugel kan ade~
Dan secara tiba-tiba lagi,dua-dua mata ni pun dah bersepakat berbisik dekat saya suuruh saya tutup cepat2 sebelum mereka buat perangai lagi!

My last words are: Selamat mencuba petua saya itu,semoga ia membawa manfaat untuk anda kesemuanya.InsyaAllah.

gambar ni je yang enche gugel berjaya carikan..


Coretan pertama...

Assalamualaikum w.b.t..
Dikala jam di laptopku ini menunjukkan detik 12.53 pagi,mata ini terasa masih segar untuk terus menatap skrin,menerawang ke desrinasi yang tidak pernah pun terasa bosan walau perkara yang sama tetap berulang,walau kekadang tidak ada satu pun notifikasi yang muncul.Itulah FACEBOOK!dakyah Mark Zuckerberg!mengapa dikatakan dakyah?Lu pikir la sendiri bak kata si Nabil yang sekarang panas dengan gambar tuttttnye.Itu saya pun tak mau ambik pusing.biarlah dia.Semoga beliau mendapat hidayahh.Saya juga!
Tapi,tapi,tapi..Ha,ada tiga tapi.Tapi kan hni adalah first entry saya,tapi saya dah pun mulakan dengan isu yang agak-agak berat..Hahaha.rasa nak gelak pun ada.tapi tak pe.intro itu penting.:)
Apa-apa pun,saya bersyukur kerana disaat ini Allah S.W.T masih memberikan ruang untuk saya bernafas,masih memberi peluang kepada saya untuk saya bertaubat kerana andai Izrail datang menjemput saya tatkala ini,sudah tertutuplah pintu taubat buat saya!Nauzubillahi minzalik!Sungguh saya tak sanggup!
Dikesempatan ini juga,saya fikir,masih belum terlambat lagi juga untuk saya mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua.Yalah,masih di bulan Muharram lagi kan?masih belum terlewat untuk itu.Dan masih belum terlewat juga bagi saya dan juga sahabat2 yang lain untuk menanam niat dan azam serta tekad untuk sama-sama berhijrah ke arah kebaikan.Bercakap pasal hijrah ni lah kan,saya berpendapat,penghijrahan itu tidak akan pernah berakhir selagi matahari terbit dari Timur dan terbenam di ufuk Barat.dan selagi Yahudi,Israel dan sekutunya bermaharajalela di muka bumiNya ini.
Oleh itu,jom2 tanamkan azam + niat untuk jadi lebih baik dari tahun lapas and of course we have to work for it.And one more thing,my azam for this year also is hopefully I can always update this new blog.InsyaAllah.
^_^