Wednesday 29 December 2010

Malaysia VS Indonesia

Assalamualaikum WBT

Rasanya maccam dah lama sangat dah tak menconteng kat blog ni.Tetiba hari ni rasa pulak.Mungkin lepas pekena nasi dagang ikan tongkol akak saya,mood tu datang secara tiba-tiba kot.hehe.
Merujuk kepada tajuk entry kali ni kan,mestilah ianya berkait rapat dengan kemenangan team Malaysia yang berjaya menumbangkan team indon tu.Menumbangkankah?ermm apa-apa sahajalah ye.Tahniah Malaysia!!!dan terima kasih kepada semua players.ha,cakap pasal player ni,ada tiga orang schoolmates saya dalam team ni.Izat,Amar dan Muslim tu semua my ex schoolmates,even dulu tak adalah kenal-kenal sangat kan.tetiba sekarang mengaku schoolmates pulak.Biasalah manusia kan.Sokmolah gitu~Dan satu lagi terima kasih sangat2 kat dorang jugak sebab kemenangan tu jugaklah yang memberikan cuti kepada seluruh umat di Malaysia ni.tapi pada saya tak ada bezanya pun sebab dah memang ttengah cuti pun.hehe
Kemenangan itu sememangnya penting untuk semua di Malaysia,namun cuba kita fikir,adakah kita betul-betul menang melawan Indonesia?Apa yang saya kemukan disini bukanlah dalam bab sukan bola sepak sahaja namun,secara keseluruhannya.kalau di Malaysia kita ini,saya dapat rasakan seperti berada di Indonesia pula.Apa tidaknya,jika melewati Chow Kit dan sekitar bandaraya atau senang cerita kat mana-mana pun sekarang,peniaga Indonesia bersepah2.Sehingga saya lihat kebanjiran mereka berniaga sama ada berniaga makanan.pakaian atau apa sahaja seakan menyekat peluang rakyat Malaysia sendiri untuk berniaga.Seakan kita pula pula yang menumpang di negara sendiri.Memanglah tidak saya nafikan,mereka warga Indonesia berniaga untuk cari makan,namun warga kita juga begitu.Dan kemanakah penguatkuasa semua?Adakah sebenarnya mereka (Indon yang berniaga tu) boleh berniaga dan mempunyai hak milik ke atas bisnes mereka?atau macam mana sebenarnya?
Walau apa pun,saya sekadar melontarkan persoalan dan meluahkan pendapat kerana apa,kerana ini hanyalah fikrah sang hamba~

No comments:

Post a Comment