Monday 20 December 2010

Petua melembutkan+melembabkan & menghaluskan kulit.

Assalamualaikum W.B.T...
Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tapi sampai saat ini,tak jugak kedua-dua mata ni menunjukkan simptom2 nak tido.Disebabkan mata ni tak nak sangat tido,saya secara tiba-tiba teringat la pulak satu petua yang saya pernah la amalkan utk melembutkan & menghaluskan kulit.Almaklumlah,cuti-cuti sem je selalu my akak yang sorang tu suka sangat hire saya jadi temporary bibik dia.Dah namanya bibik,ate kenalah buat semua kerja rumah kan?ate dari membasuh,mencuci,memasak dan semua2 lah skop tugasan seorang bibik buatkan.Rasa macam dah banyak sangat dah membebel,petuanya tak jugak saya berikan?hehe
Ha,petuanya senang je.Just guna hampas kelapa yang kite dah perah santan dia nak buat gulai ke pengat ke dan macam2 la lagi masakan yang berlemak tu.So,macam mana nak buat?
Caranya,sangat2 la senang.Anak2 buah saya pun terer buat.hehe.Just basahkan cuci tangan atau badan @ kawasan yang nak dilembutkan @ dihaluskan tu,then ambilkan segenggam@lebih hampas kelapa tadi and finally gosokkan sahaja macam kita pakai scrub.Bila dah agak-agak lembut + penat & lenguh  dah tangan tu nak menggosok,barulah cuci kawasan tadi dengan air sampai bersih.Air pulak mestilah air mutlak ye.:)
Kalau sahabat semua nak best result,lepas cuci kawasan tang dah discrub tadi,lapkan sampai kering dan kemudiannya,sapulah losyen pulak.Senang je kan?Tak susah pun apatah lagi just guna sisa yang mungkin pada sesetengah orang dah tak berguna dan terus boleh buang.Dengan itu,saya mendapat satu pendapat,setiap yang diwujudkan Allah itu tidak mempunyai hanya satu tujuan @ manfaat @ kelebihan,tetapi pasti ada dua mahupun lebih lagi..Dan tiba-tiba teringat pulak satu pepatah @ bidalan @ peribahasa @ apa-apa je la yang berbunyi "hanya jauhari yang kenal manikam".Tak tahu maksud dia?Usaha lah sendiri!enche gugel kan ade~
Dan secara tiba-tiba lagi,dua-dua mata ni pun dah bersepakat berbisik dekat saya suuruh saya tutup cepat2 sebelum mereka buat perangai lagi!

My last words are: Selamat mencuba petua saya itu,semoga ia membawa manfaat untuk anda kesemuanya.InsyaAllah.

gambar ni je yang enche gugel berjaya carikan..


No comments:

Post a Comment